Pages

SAMSUNG GALAXY S II.

Salam...
Di petang yang indah ni..kami nak review satu SMARTPHONE keluaran samsung iaitu
SAMSUNG GALAXY S II.!!
Mula-mula,kita tengok rupanya dulu...


                                                                      Tebal:8.49mm
                                                                        Lebar :4.3"

Sangat nipis.lebih nipis daripada Xperia Arc,bagi sesiapa yang sukakan handphone NIPIS,LAJU dan LEBAR...ini adalah pilihan terbaik!
Disokong oleh aplikasi Samsung Dual Core
Camera adalah 8mpxl.+LED flash +2mbpxl untuk kamera depan..memang bagus untuk yang suka video call!
Disokong oleh android 2.3
Fungsi lain seperti email,sms,mms ,gps ,semuanya lengkap,ALL  in 1!

Siapa berminat???
Boleh sms @ emailkan ke sini

p/s:Ada sesiapa dah gunakan handphone ini?best tak?boleh share diruangan komen...tq
                                 
                                                                                  regards:
                                                                           admin hpmurah2u

Nokia Bicycle Charger Kit!

Salam semua...
malam ini,kami nak kongsi satu lagi teknologi canggih masakini
Terbaru dari nokia,pengecas bateri nokia di basikal!coooooooooolllll kannn?
Sekarang ni,kalau tengok kegilaan berbasikal dah jadi fenomena baru kat negara tanah tumah darah kita kn..kalau di sekitar putrajaya ,merata-rata orang berbasikal .
So,benda ni sangat sangatttt lah sesuai untuk penunggang basikaall.betul tak?
haaa...charger ni khas untuk telefon bimbit yang ruang chrger 2mm...
Mesti semua tertanya-tanya kan macam mane berfungsi?
Caranyaa setiap kayuhann basikal tu akan menghasilkan tenaga pada dinamo dan menyalurkannya melalui chrger ke handphone yang kita dah letakkan padaruang khassnya...
Taraaaaaaaaaa..


Haaaa...chrger tdisambung terus ke bawah...bila roda berpusing...dari situ tenaga terhasil,


                 Ini tempat pemegang handphone.sangat kukuh dan senang disimpan bila tidak digunakan.

Pengecas ini akan mula mengecas sebaik sahaja basikal dikayuh pada kadar 6km/j atau lebih..

Menarik kann?
Sesiapa berminat boleh ke mana-mana nokia berhampirann..harganya bawah rm100.Kami pun tak tengok benda ni live lagi...kalo sesiapa dah tengokk boleh laaa shareeeeee..best tak?

p/s:kalau sesiapa tahu pengecas ini dijual online,bolehlah share diruangan komen.tq for viewing.

regards
admin hpmurah2u

2-in-1 Battery Charger & Phone Stand EP920


Salam..entri hari ni..2-in-1 Battery Charger & Phone Stand EP920..Sony Ericsson telah memperkenalkan produk terbarunya yang pasti pengguna Sony Ericsson telah menunggu lama..iaitu 2-in-1 Battery Charger & Phone Stand EP920..

Ia merupakan sebuah phone stand dan juga pengecas yang hadir secara terpisah dengan ukuran 96x60x16mm dan seberat 53gram..

Reka bentuk kompak memang sesuai untuk anda membawanya ke mana sahaja..bila anda beli EP920,ia telah tersedia dengan bateri tambahan di mana anda menggunakan pengecas ini sekaligus sebagai phone stand.

Untuk mengecasnya, anda boleh sambungkan ke komputer dengan menggunakan kabel USB yang disediakan atau sambungkan pada tenaga elektrik..

regards,
admin hpmurah2u


HTC Tarik semula kenyataan!

HTC Tarik semula kenyataan! itu tajuk entri hari ni..Kalau sebelum ni HTC telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa HTC Desire akan kekal dioperasikan dengan Android 2.2 Froyo dan telah disahkan tidak akan menerima kemaskini Android 2.3 Gingerbread..

Menurut HTC, ketiadaan sokongan kemaskini Gingerbread pada HTC Desire adalah disebabkan oleh faktor memori yang tidak cukup untuk mengoperasikan Gingerbread dan juga Sense UI. Namun begitu, tidak sampai 24 jam berikutnya, HTC menarik semula kenyataan tersebut dengan mengumumkan bahawa kemas kini Android Gingerbread akan turut diperolehi oleh model tersebut,,

Penarikan semula kenyataan awal HTC ini dikatakan berkemungkinan besar disebabkan oleh desakan dan juga ketidakpuasan hati yang tercetus di kalangan pengguna HTC Desire..

Tambahan lagi, jika dibandingkan dengan HTC Wildfire S yang dioperasikan dengan Gingerbread, nyata ia memiliki spesifikasi yg lebih rendah bebanding dengan HTC Desire iaitu CPU berkelajuan 600MHz, 512MB ROM.

Akhirnya HTC akur dengan kehendak pengguna dengan mengumumkan berita yang menggembirakan hati pengguna HTC Desire..

regards,
admin hpmurah2u

Smartphone Android yang berbaloi dimiliki dengan bajet RM2000?



 
salam....hari ni entri bertajuk.......
Smartphone Android  yang berbaloi dimiliki dengan bajet RM2000?
Skema tak ayat?heheh..
Dengan bajet RM2000 nak beli smartphone ape?ha...dengan ade duit seikat 2000 tu anda boleh memiliki LG Optimus 2x P990 yang berharga RM1899 je kat pasaran...kat kami lum dapat lagi list..mesti lagi murah...hehehe..

Mengapa disyorkan beli smartphone tu?ha..kerana ia merupakan smartphone android terbaik kerana ia merupakan satu-satunya smartphone yang menyokong CPU dual core berkelajuan 1GHz di pasaran tempatan...

prebiu smartphone ni..

regards,
admin hpmurah2u

Coming soon!Xperia-Ray

Hai semua!!
Malam ini,kami ingin review android terbaru dari Sony Ericsson iaitu Xperia-Ray pula...Menurut jangkaan akan dipasarkan pada Sept 2011..
Menurut para penggemar gadjet,Xperia-Ray ini seperti gabungan Xperia Arc dan juga X10 mini .
Nak tgk macam mana rupanya tak???
Haaaaaaaaaaaaaaaa..cantik kann?memang AWESOME !
Fizikalnya lebih kurang sama seperti Xperia Arc,Cuma lebih kecil sedikit dan lebih tebal..
Kamera  pula 8.1mega pixel..HD !kamera sony memang diakui sangat memuaskan hati.tak payah susah-susah nak beli dslr.hehe.semua ada seperti face detaction,smile detection.16x zoom,touch fokus,flash dan banyak lagi.
Dari segi hiburan pula,bagi sesiapa pencinta laman web sosial,hp ini menawarkan aplikasi untuk musicplayer.twitter.facebook.googlesearch..andriod market(lebih dr 2000 aplikasi)..best kan?
Wujud dlm banyak warna menarik.hitam,emas,putih dan merah jambu!

Hp ini juga lebih ringann..dalam100 g sahaja..Hp ini menggunakan android 2.3.
Harga????
Masih belum diketahui...agak2 berapa ya???mesti mahal tapi complete set.memang puas hati,
Kalau sesiapa ada info tambahan .jum share,
Ilmu kalau tidak dikongsi tidak berkembang kan.

regards
admin hpmurah2u







The new Samsung Galaxy Player


salam..hari ni nak preview plak Samsung Galaxy Player..
Samsung telah memperkenalkan pemain MP4 buat pertama kalinya yang dikabarkan bakal menandingi iPod Touch dari pelbagai aspek..

Peranti yang direka dengan reka bentuk mirip seperti Galaxy S ni menyokong platform 2.2(Froyo) dengan pemproses Cortex A8 Hummingbird..

specs peranti ni>>>

*1GHz Cortex A8 Hummingbird
*Android 2.2(Froyo)
*105.5 x 54.2 x 11.08mm/121g
*30 jam(Mendengar muzik) & 5jam (menonton video)
*3.2Megapixel (auto fokus)
*4.0 inci Super Clear LCD beresolusi 800 x 480 pixels
*8gb & 16gb
*WiFi b/g/n, GPS, Bluetooth 3.0, Android Market,Samsung App,TouchWiz UI

Jom tengok preview peranti ni



regards,
admin hpmurah2u



Nokia N8-01 Coming Soon!!


Salam..hari ni nak crita pasal Nokia N8-01 Coming Soon
Dengan skrin sentuh sentuh 4.0 inci Super AMOLED+Dragontrail Glass,Nokia N8-01 pasti mampu memberikan kualiti emej yang lebih baik..di samping itu juga ia dibekalkan dengan lensa kamera 16Megapixel Carl Zeiss Optics bersama teknologi True Zoom dan menyokong rakaman video HD(1080) dengan bantuan LED Flash..

Selain itu,model direka khas Nokia ini menyokong platform Symbian^3 dengan pemproses dual-core 1.2 GHz+Broadcom BCM2763 GPU yang dikatakan mampu menyokong Adobe Flash Player 10.1

Untuk paparan laman web yang lebih kompleks, permainan 3D dan juga permainan multimedia yang lebih lancar..Bukan itu sahaja,spesifikasi yang disokong oleh smartphone konsep ini sangat memuaskan antaranya disokong memori dalaman berkapasiti 32gb, 1gb RAM, 1gb ROM, tambahan microSD sehingga 32gb, HDMI, Dolby Digital Plus dan juga USB On The Go.

regards,
hpmurah2u

Jom tengok Nokia ORO bersalut emas 18 karat +Kristal

 salam...hari ni nak tengok pulak Nokia ORO bersalut emas 18 karat +Kristal..dahsyat betul..mesti mahal..Dengan skrin sentuh AMOLED capacitive beresolusi 360+640pixel, Nokia ORO mampu memberikan kualiti imej yang lebih baik..

Tambahan pula ia dibekalkan dengan bantuan lensa kamera 8Megapixel beserta sokongan rakaman video HD dengan bantuan dual LED Flash...apa yang istimewanya Nokia ORO ni ia bersalut emas seberat 18 karat dan kristal pada kerangkanya...

Smartphone ini juga dilengkapi dengan sarung kulit berkualiti tinggi..Selain itu, model terbaru yang dikeluarkan oleh Nokia ini menggunakan port microUSB untuk sambungan kabel dan 3.5mm headphone jack dengan rekaan host yang slim dan solid chassis..

Peranti ini juga sangat berbaloi dan selesa untuk digunakan kerana rekaan curve edges dan tidaklah terlalu berat..Saiz skrin pulak 3.5 inci menggunakan Nokia Clear Black, proximity sensor, auto turn-off dan Accelerometer sensor untuk UI auto-rotate..

Jom tengok video..
regards,
admin hpmurah2u


Apple telah menguji iPad 3 skrin komponen HD


Salam..post kedua hari ni..artikel dipetik dari Web Apple..iaitu Apple telah menguji iPad 3 skrin komponen HD
Apple sudah menguji komponen baru skrin baru, yang lebih maju untuk 3 iPad. Menurut laporan yang dibentangkan pada 9 - 5Mac , skrin baru akan kepada definisi yang lebih tinggi daripada iPad dan iPad2.

Ia dianggap sebagai skrin definisi tinggi, kerana ia mempunyai 2048 x1536 pixels dan HD penuh bermula dari 1920 x 1080 piksel.

Sehingga kini, ia hanya khabar angin bahawa Apple menguji komponen generasi masa depan iPad, tetapi kini ia disahkan. AAPL sudah menguji skrin definisi baru yang tinggi pada iPad 3 yang dijangka akan dikeluarkan semasa musim luruh tahun ini. Skrin yang dibekalkan oleh Samsung dan LG.


Korea Times melaporkan resolusi skrin baru. " IPad 3 yang akan datang  akan menampilkan paparan yang lebih baik untuk menyokong grafik lanjutan quad (QXGA), resolusi paparan 2048 × 1536 pixels dengan nisbah aspek 4:3 untuk memberikan definisi tinggi penuh (HD) pengalaman menonton," laporan negeri-negeri dan menambah bahawa projek itu mempunyai kesan penguatkuasaan di antara Apple dan kedua-dua pembekal utama: Samsung dan LG: "tawaran yang pasti akan berlaku akan memastikan bahawa Samsung dan LG terus menjadi pembekal terbesar skrin rata kepada Apple untuk masa hadapan . Samsung dan LG adalah dua daripada beberapa pembuat  skrin LCD yang sangat maju. "


Butir-butir mengenai ujian Apple Inc. 'S peranti baru masih andaian kerana tiada seorang pun daripada mereka dapat mengesahkan. Dan ini adalah perkara biasa untuk Apple, sebuah syarikat yang suka (dan telah) menyimpan rahsia langkah-langkah pembangunan produk masa depan mereka. Walau bagaimanapun, jika khabar angin adalah benar, maka iPad akan datang akan mempunyai skrin dengan 280 pixel per inci, yang dua kali ganda resolusi daripada iPad dan iPad 2. Ini boleh membawa kepada pemasaran iPad 3 sebagai peranti display Retina, sama seperti iPhone 4.


regards,

admin hpmurah2u

betul ke handphone sebabkan kanser?


salam... hari ni selasa..nak cakap pasal betul ke handphone sebabkan kanser?.
walaupun dah lame benda ni dah kita tau..penah tak korang fikir lagi benda ni sampai sekarang?
tapi nak tak nak handphone menjadi keperluan utama dalam hidup kita seharian..baru2 ni ia menjadi sesuatu isu yang dibangkitkan oleh WHO dan ia menjadi penangan pada kepada dunia komunikasi..

Bagi saya, terlalu banyak sebab yang boleh menyebabkan kanser selain dari penggunaan handphone..contohnya makanan dan tabiat kehidupan harian juga paling besar penyebab kepada kanser..

Jadi lebih baik kita mengamalkan kehidupan tabiat kehidupan yang sihat, melakukan aktiviti senaman dan paling penting jaga pemakanan...

semua ini lebih bermakna daripada kita mengelakkan diri dari menggunakan handphone..

Sarung Tangan Untuk Hanphone Ketika Joging?


 Salam...Hari ni nak cakap pasal Sarung Tangan Untuk Handphone Ketika Joging?
Penah tengok??jom kita baca..
Melakukan senaman seperti berjoging pastinya menyukarkan anda jika membawa handphone yang mahal dan canggih, Wipe Glove adalah sebuah sarung tangan yang dapat memberikan cara baru untuk anda..

Sarung tangan ini tersedia tempat khas untuk menyimpan handphone dengan lebih selesa..Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menyimpan gajet-gajet lain seperti duit syiling,MP3 Player, kunci dan duit kertas..
Anda tidak perlu risau akan kualiti Wipe Glove ni..kerana ia diperbuat dari bahan yang boleh menyerap peluh dan pasti sesuai untuk anda yang suka bersenam!! 

Jom Layan videonya pulak..
regards,
admin hpmurah2u




Smartphone Mempengaruhi Fokus Mata

Salam...pagi ni nak post artikel yang diambil dari akhbar kosmo betajuk Smartphone pengaruhi fokus mata..
Kehadiran internet yang mudah diakses melalui smartphone atau Tablet PC bukan sahaja mengubah cara kita mendapatkan maklumat...tapi mempengaruhi daya fokus mata untuk melihat benda-benda..

Dibandingkan dengan membaca media cetak, kita selalu membaca teks di skrin dengan jarak yang dekat, padahal kebiasaan itu mempengaruhi kemampuan mata untuk melihat dengan jelas.

Dalam satu penyelidikan ke atas 129 pengguna smartphone, para pengkaji meneliti cara peserta membaca teks baik dalam format sistem pesanan ringkas (SMS) mahupun halaman internet..

Para pengkaji juga mengukur saiz teks dalam alat komunikasi tersebut untuk menentukan jarak yang paling sesuai untuk mata membacanya..

Ternyata, jarak yang sesuai untuk mata melihat teks skrin smartphone lebih pendek.
Untuk membaca SMS, jaraknya sekitar 36cm, manakala untuk membaca laman web jaraknya 32cm. Sementara untuk membaca surat khabar pula jaraknya adalah 40cm..

Menatap skrin smartphone dan gajet lain dengan terlalu dekat akan memaksa mata bekerja dengan lebih keras dalam mengatur titik fokusnya. Lama-kelamaan perkara ini akan menyebabkan mata penat, panas bahkan menyakitkan kepala..
Kajian ini dimuatkan dalam jurnal Optometry and Vision Science keluaran Julai 2011..

regards,
admin hpmurah2u



Kelebihan Smartphone keluaran terbaru Nokia N9


salam semua...post hari ni nak cakap pasal kelebihan Smarphone keluaran Nokia N9 yang bakal dipasarkan di Malaysia tak lama lagi..
Nokia N9 bakal menyokong rangkaian GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900..manakala rangkaian 3G yang disokong pula oleh WCDMA 850/900/1700/1900/2100...
Ini bermakna model ini boleh digunakan pada rangkaian GSM di seluruh dunia tanpa masalah.

selain itu..Nokia N9 juga dikatakan menyokong WiFi 802.11 b/g/n dengan rangkaian 2.4GHz dan juga Bluetooth..

Manakala berkaitan dengan aksesori pula..Nokia N9 bakal dikuasakan dengan bateri BL-4D berkapasiti 1200mAh Li-Ion dan juga didatangkan dengan headset WH-701..

Jom kita tengok review Nokia N9 ni...
 

 regards,
admin hpmurah2u


Jom tengok rekod dunia Apple tahun 2011



salam..ini untuk post kedua hari ni...hehehe...nak cite pasal rekod dunia Apple tahun 2011...
sebut aje pasal iphone pasti orang akan suka sangat2 kan..tapi ade jugak yang tak suka..
suka atau tidak produk Apple..diorang dah dapat banyak kejayaan pada tahun ni..

sejak ia diperkenalkan, produk Apple menjadi suatu fenomena pada dunia dengan menjadi peranti dengan jualan paling hangat dan jelas menunjukkan penerimaannya setiap tahun..
Dalam menantikan pengumuman generasi iphone yang terbaru kelak..Apple sebenarnya sedang sibuk mencipta rekod dunia dengan iphone 4 dan juga Apple App.Store..Dalam versi terkini 'Guiness World Record 2011 Gamer's Edition', kedua2 produk Apple ini telah menempa pelbagai kejayaan..

antara Rekod Dunia yang berjaya diraih oleh Iphone dan App Store

*Fastest-selling Portable Gaming System-Iphone
*Most Popular Application Marketplace-Apple App Store
*Largest Downloadable Video Game Store-Apple App Store
*Top Paid-For App Store Game in Most Countries-Angry Birds(Chillingo,2009)
*Fastest Selling iPhone/iPod Strategy Game-Plants vs Zombies(PopCap,2010)
*Most Popular iPhone Game Series-Tap Tap Revenge(Tapulous,2008)
*First Text Adventure Engine for iPhone-Frotz(Craig Smith,2008)
*First Physics-Based Puzzle Game in iPhone-Enigmo(Pangea Software,2008)

tu aje malam ni..

regards,
admin hpmurah2u

Boleh ke memori dalaman handphone dibesarkan?


salam..boleh ke memori dalaman handphone dibesarkan??
Mesti ada yang cakap boleh kan...boleh ke tak boleh ni???
saya telah mendapat sumber daripada sebuah majalah bahawa telah menyatakan terang-terang yang semua handphone dan smartphone yang terdapat di pasaran tidak boleh dibesarkan memori dalamannya..

yang seterusnya ekstra sikit topik ari ni adalah Smartphone Android manakah yang menyokong semua web Flash??

ha..kesemua Smartphone Android yang dioperasikan oleh Android 2.2 Froyo menyokong fungsi web Flash iaitu Adobe Flash Player 10.2 yang boleh didapati melalui Anroid Market..

tetapi masih terdapat Smartphone Anroid 2.2 yang tidak menyokong fungsi web flash disebabkan oleh batasan CPU seperti Samsung Galaxy Ace dan juga LG Optimus One P500..

regards,
admin hpmurah2u 

Kehebatan HTC Tube Tablet Concept

Salam semua...
Hari2 cite pasal handphone kan?sok nak cite pasal ikan leh tak?hihih ..hari ni nak cite pasal Kehebatan HTC Tube Tablet Concept...
pernah dengar?pernah tengok?haa....Kehadiran HTC Tube Tablet ni memang membawa satu revolusi baru terhadap tablet masa depan dengan keupayaannya menyokong spesifikasi lengkap mirip sebuah notebook...
 Sekali dipandang HTC Tube Tablet ni macam HTC Flyer tapi fungsi yang terdapat padanya telah dipertingkatkan...

Hadir dengan paparan skrin sentuh berukuran 10.4 inci berkualiti Super AMOLED, smartphone ini diserikan lagi dengan kehebatan platform Windows Phone 7 dan Android yang boleh ditukar pada bila-bila masa..
Melalui maklumat yang didedahkan, smartphone konsep ni bakal dikuasakan dengan CPU Qualcomm Adreno GPU,menyokong kapasiti memori dalaman sebanyak 128GB, serta menyokong kapasiti bateri 6400mAh..
Aplikasi HTC Sense yang semakin popular masa kini juga tidak ketinggalan...
Pereka bagi HTC Tube Tablet ni adalah Antoine Brieux..

Regards,
admin hpmurah2u

Kelebihan HTC Mazaa



Salam...Hari ni nak cakap pasal apa kelebihan smartphone HTC Mazaa ni..HTC telah mengumumkan smartphone terbaru iaitu HTC Mazaa yang juga dapat merakam video dalam format HD 720p..

Untuk kecepatan operasi smartphone ni pulak..ia menggunakan pemproses Qualcomm Snadragon 16Hz..yang menariknya HTC Mazaa ni dibina dengan Dolby Mobile dan SRS sound membuatkan suara yang dihasilkan berkualiti tinggi...

Antara spec2 lain yang ditawarkan oleh HTC Mazaa ialah kamera 5 megapixel autofokus dengan LED flash,skrin TFT 480x800 pixels, memori dalam 576MB RAM, 512ROM dan juga servis GPS!..

Kepada anda yang minat dengan smartphone Windows Phone 7...sama2 tunggu smartphone ni dipasarkan...

regards
admin hpmurah2u

Dahsyat...kehebatan Voice Talk!! kita cakap je automatik taip sms.

salam semua...hari ni nak share bersama kehebatan Voice Talk..

Jika anda menggunakan smartphone skrin sentuh penuh, pasti sukar untuk menaip sms ketika sedang memandu bukan????Kehadiran Voice Talk sangat sesuai untuk anda yang sedang memandu kerana ia tidak membahayakan anda ingin menaip sms atau membuat panggilan telefon..
Anda tidak perlu menekan sebarang butang, cukup hanya sekadar bercakap sahaja.

Jom tengok video ni..

Jom kita tengok video kedua pulak...dengan kehadiran Voice Talk pada Galaxy S 11 dalam keadaan sukar taip sms dalam keadaan sejuk ke atau berais ke kita just bercakap je kemudian ia secara automatik dapat menterjemahkan ape yang kita cakap terus jadi sms...best tak????...

so...meh kita tengok video kedua plak...enjoy...

regards,
admin hpmurah2u

Bila waktu paling kerap smartphone digunakan?

Salam semua...

Hari ini nak story pulak bila smartphone kerap digunakan?pagi ke?tengahari ke?petang ke?..Jadi sumber maklumat ini telah dikeluarkan oleh Ericsson ConsumerLab, kajian yang telah dibuat bagi tempoh 18 bulan di US yang berjaya mendedahkan bahawa waktu popular penggunaan perkhidmatan bukan suara smartphone di kalangan pengguna..

Melalui data yg telah berjaya dikumpulkan..pengguna lebih kerap menggunakan peranti mudah alih mereka pada waktu petang..iaitu mencecah sehingga 65%, diikuti rapat dgn penggunaan pada waktu malam iaitu 64% dan 57% pada waktu tengahari..

Apa yang lebih mengejutkan sebanyak 26% atau satu perempat daripada pengguna smartphone telah menggunakannya pada waktu makan malam yg sepatutnya digunakan untuk bersama keluarga atau individu penting dalam kehidupan..

Apa yang pasti..kebanyakan pengguna smartphone telah menggunakan peranti mudah alih mereka pada waktu makan malam semata-mata nak mengakses perkhidmatan check-in yang sememangnya popular...termasuklah di negara kita sendiri!

regards,
admin hpmurah2u


satu klik 20 sen!!

Perbezaan Iphone 4 Black dengan Iphone 4 White


APA PERBEZAANNYA?!

Salam..kali ni nak cerita sikit berkenaan dengan aura iphone 4 sekali lagi melanda di seluruh dunia dengan kehadiran versi baru di dalam warna putih..bila dilihat sekali imbas memang tak perasan perbezaan antara iphone putih dan versi sebelumnya yang berwarna hitam.
anda nak tahu kan apa bezanya kedua2 versi tersebut..ini bagi mengelakkan anda dapat iphone hitam tapi telah ditukar casing putih yang tidak asli...

::::Ini rahsianya::::

1) Port 3.5mm Audio Jack
*beza paling ketara yang dapat dibezakan antara iphone 4 white asli dengan imitasi adalah port 3.5mm audio jack yang dimilikinya..versi asli hadir dgn lubang port yg berwarna putih sama dengan kerangkanya, tapi sekiranya port tersebut berwarna hitam maka itu adalah iphone 4 hitam yg telah ditukar kerangkanya!

2) Cetakan Teks 
*kalau kita tengok pada panel belakang iphone4 white yg asli, anda dpt lihat bahawa cetakan teksnya kelihatan lebih berkualiti di mana cetakan teksnya lebih tebal dan jelas. Manakala, versi imitasinya pulak memperlihatkan cetakan teks yg kelihatan kurang jelas dan teksnya juga kelihatan lebih slim

3) Port USB
*sama spt port audio, port USB iphone 4 white asli yg digunakan untuk sambungan kabel,pengecas dan juga dock ini juga menampilkan warna putih sama spt kerangkanya..sebaliknya versi imitasi pula menggunakan warna hitam..

4) Warna Panel
*Mungkin agak sukar membezakan warna panel di antara kedua2 model ini kerana ia kelihatan hampir sama shj. Tapi,sekiranya anda meletakkan iphone 4 white asli bersebelahan dgn iphone 4 imitasi di bawah sinaran lampu pijar, versi asli kelihatan sedikit kekuningan berbanding dgn versi imitasi yg lebih kebiruan..

5) Ketebalan
*Banyak yg mengatakan bahawa iphone 4 lebih tebal dari warna hitam...tetapi telah disahkan bahawa ketebalan kedua2 versi adalah sama...

Jadi...itu jela dapat dikongsi bersama...tq for reading..

regards,
admin hpmurah2u

Kehebatan LG Optimus Black!!

salam..

hari ni jom kita tengok model yang akan keluar dipasaran..iaitu LG Optimus Black.semalam dah pegi tengok di kedai LG..memang terbaik.Kalau anda semua sangat2 mementingkan paparan skrin yang berkualiti berbanding CPU dual core yang menjadi trend,  LG Optimus Black salah satu pilihan terbaik selain Samsung Galaxy S yang hadir dengan paparan berteknologi Super AMOLED.




Siri Optimus yang terbaru ini mampu menawarkan paparan skrin dengan tahap keterangan yang paling tinggi pernah diperkenalkan pada smartphone iaitu mencecah 700 nits setelah dibandingkan dengan Iphone 4,Samsung Galaxy S dan Nokia E7.

Pastu pulak..kerangka model ni agak nipis iaitu 9.2mm. Ia juga menyokong Optimus UI yang diperbaharui dan juga butang G yang membolehkan pengguna mengawal smartphone ini melalui gerakan..Kamera belakang 5mp dan kamera depan 2 mp. 
 
Harga model ni kat kedai LG semalam adalah RM1499



Nak tengok detail lagi pasal smartphone ni...klik la link ni ok...tq semua.
details penuh untuk LG Optimus Black


regards,
Admin hpmurah2u


Kelebihan dan Kekurangan Sony Ericsson Xperia Play?


Salam semua...

Jom kita tengok ape kelebihan smartphone ni. Skrin sentuh 4.0 inci jenis LCD-backlit LCD, butang kawalan permainan seperti PSP, menyokong CPU berkelajuan tinggi 1GHz dan juga speaker stereo.
Kekurangannya pula ia masih mengggunakan CPU single-core,GPU Adreno 205 bukanlah merupakan cip grafik yg terbaik untuk memainkan permainan HD dan juga penggunaan bateri 1500mAh mungkin tidak sesuai untuk sesebuah smartphone yang direka untuk permainan..

ha...cmne?minat tak handphone ni?

regards,
admin hpmurah2u

David Beckham dilantik jadi Duta Samsung London 2012

Samsung Electronics Co.Ltd, peneraju dalam produk elektronik pengguna dan Worldwide Olympic Partner untuk Wireless Communications Equipment, baru-baru ni mengumumkan perjanjian eksklusif dgn David Beckham untuk menjadi duta jenama global sempena Sukan Olimpik London 2012. Beckham secara automatiknya akan menjadi duta serta peranan utama bagi meningkatkan kesedaran ke atas penajaan Samsung London 2012 sebagai Worldwide Olympic Partner.

Kerjasama akan dimulakan dengan penampilannya dengan iklan multi-platform dan juga kempen hubungan masyarakat yg meliputi perbagai elemen program pemasaran Samsung sempena Sukan Olimpik London 2012. Sewaktu majlis menandatangani kerjasama tersebut,Gyehyun Kwon berkata kedua2 pihak bakal mendapat menfaat yg besar atas komitmen persefahaman mereka ke atas golongan muda dan juga usaha yg berterusan utk menggalakkan lebih byk pihak mengambil bahagian dlm sukan tersebut..

jadi..pesanan dari admin...ramai2 la beli handphone...hehehe...

tq so much..

Nak tau asal usul Android?








Salam semua,

Kali ni nak share sama-sama asal usul Android ni..
Mungkin ada masih di luar sana masih tak mengenali ape itu Android kan?Meh kita share sama-sama ok...
Sebenarnya Android merupakan sistem operasi yang dikhaskan untuk peranti mudah alih seperti handphone, tablet dan juga komputer riba.

Sistem operasi yang diperkenalkan Google ini dibangunkan berdasarkan sistem perisian Linux dan juga perisian GNU. Pada awal Android muncul...ia telah dibangunkan oleh sebuah firma yang dikenali sebagai Android Inc.pada tahun 2003 oleh Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears dan juga Chris White..

Tapi...kemudiannya telah dibeli oleh Google dan sistem operasi ini telah dikembangkan lagi dengan pembentukan konsortium yang dikenali sebagai Open Handset Alliance yang terdiri daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuklah Google, HTC,Intel, Motorola,Qualcomm, T-Mobile dan juga Nvidia.

ha...maka begitulah gamaknye sejarah Android..

Tq lawat blog ni ye...

regards,
admin hpmurah2u