Pages

Apple tawar penggodam iPhone jadi pelatih


Salam...dah hari raya kedua..topik hari ini dipetik dari paper hari ini iaitu Apple tawar penggodam iPhone jadi pelatih

Di Los Angeles, seorang penggodam komputer yang baru berusia 19 tahun yang pernah mencipta dan memajukan aplikasi perisian secara haram untuk iPhone kini telah diupah oleh syarikat Apple menjadi pelatih setelah mencipta gajet tersebut..

Penggodam yang bernama Nicholas Allegra (gambar) telah mengumumkan mengenai berita perlantikan tersebut di laman sosial Twitter..Dia sebelum ini telah mencipta aplikasi yang dikenali sebagai JailbreakMe 2.0 pada tahun lalu untuk para pengguna iPhone bagi membolehkan pengguna mengakses aplikasi yang tidak dibenarkan oleh Apple..Namun pihak Apple tidak pernah mengiktiraf aplikasi tersebut..

regards,
admin hpmurah2u

Model Mampu milik Nokia 500


Salam...esok kita raya...hari ini sempat jugak nak tulis post berkenaan Model Mampu milik Nokia 500..macam menarik je..jom kita baca lagi..

Nokia tidak sekadar menumpukan kepada pembangunan telefon bimbit mewah sahaja tetapi Nokia terus unggul untuk mencipta peranti untuk pelbagai peringkat pengguna dan terutamanya peranti mampu milik..

Baru-baru ini Nokia telah memperkenalkan model mampu milik Nokia 500 yang hadir bersama kualiti serta prestasi unggul..ia dilengkapi dengan pemproses 1GHz pantas, kamera 5 Megapixel,dengan muzik dan hiburan terbaik serta dilengkapi dengan peta navigasi..

Selain itu juga,ia dilengkapi dengan sistem operasti Symbian Anna, perisian yang dipertingkatkan serta pelayaran web yang lancar..

Menurut Naib Presiden Nokia,Ilari Nurmi, kebanyakan peranti mampu milik dibangunkan dengan kualiti perkakasan dan pengalaman komunikasi komunikasi berkualiti rendah rendah. Tetapi Model kali ini membuktikan Nokia terus komited menghasilkan porfolio peranti pintar seumpamanya demi memenuhi keperluan pasaran jelasnya..

Bagi pengguna yang gemar dengan melayari internet dan rangkaian sosial,Nokia 500 telah tersedia bersama aplikasi Facebook dan Twitter pada paparan utamanya.

Yang membuatkan ia lebih menarik lagi, ia turut menyokong pembukaan banyak aplikasi pada satu-satu masa pertukaran aplikasi secara pantas dan tidak melambatkan perjalanan sistem..

Melalui teknologi peta Ovi terkini, pengguna model ini boleh mendapat panduan perjalanan di 80 buah negara.

Peranti ini juga akan memasuki pasaran negara menjelang penghujung suku ketiga tahun ini dan terdapat dua warna ditawarkan iaitu hitam dan putih...

regards,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
admin hpmurah2u

Kelebihan Galaxy Tab 10.1.

Hai....di akhir2 ramadhan ini.kami nk share dgn anda kelebihan galaxy tab baru iaitu GALAXY TAB 10.1!
Mesti ramai dah tahun kan?takpe.kita share jugak..
1)Tab ini adalah paling ringan dan nipis keluaran SAMSUNG.iaitu hanya seberat 565 mm dan setebal 8.6mm.nipis dan ringan kn?
2)Menurut samsung,tab ini juga lebih laju dan menggunakan Android 3.1 dan HSPA.
3)Mempuanyai kamera hadapan yang sama hebat dengan kamera belakang.Kamera depan:2mpxl.Kamera belakang 3mpxl.
4)Processor:1GHz dual core NVIDIA Tegra 2processor.
5)lLEBAR SKRIN:10.1,memamng puas hati tengok video @movie.
6)4 arah pusingan..so,boleh tengok dari kiri,kanan atas bawah.

Hebat kan?jom kita tengok gambar pulak...
Menarik tak?ada sesiapa nak beli untuk raya?sempat lagi ni...

P/s:siapa dah beli?angkat tangan!hehe..sila komen dibawah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
regard:
admin hpmurah2u

Mana lebih baik antara iPhone 3GS dan HTC Wildfire?


salam..entri hari ini lewat sikit..hihi..dah kat kampungla katakan...hari ini nak bagitau Mana lebih baik antara iPhone 3GS dan HTC Wildfire?

 Agak-agak anda mana yang lebih berbaloi untuk kita beli...ha..HTC Wildfire adalah lebih baik dimiliki dari iPhone 3GS kerana ia menyokong kapasiti RAM yang lebih tinggi iaitu 384MB, disediakan dengan slot microSD maksimum sehingga 32GB..

Selain itu juga.Bluetooth juga menyokong penghantaran data seperti lagu dan gambar..Kamera 5 MP dengan sokongan LED Flash, radio FM (RDS)

Ia juga diintegrasikan dengan aplikasi Facebook,Flickr dan Twitter dan juga menyokong Adobe Flash Player 10.3

Apa-apa pun terpulang kepada anda...

regards,
admin hpmurah2u

Konsep LiquidKeyboard Untuk Touch Screen


salam...entri untuk hari ini pula nak menyatakan tentang Konsep LiquidKeyboard Untuk Touch Screen.
Pernah terbaca tak tentang konsep LiquidKeyboard ni?kalau ada share la sekali...


Anda mesti selalu rasa sukar menaip pada Touch Screen bukan? Walaupun sudah ada alternatif sebelum ini seperti adanya keyboard fizikal, atau keyboard pada skrin tetapi ini tetap membuat kita  kurang selesa dalam menaip. Para pengguna juga banyak yang mengeluh dengan pemakaian keyboard pada skrin (on-screen) lebih-lebih lagi banyaknya salah menaip huruf yang tidak diingini dan lain-lain.

Christian Sax dan Hannes Lau dari University of TechnologySydney nampaknya memberikan kita penyelesaian dari permasalahan tersebut, iaitu LiquidKeyboard. Teknologi baru ini dipertontonkan untuk umum pada PersidanganTech23 di Sydney. Konsep dari LiquidKeyboard ini adalah dimana apabila pengguna  meletakkan jari-jari mereka pada Touch Screen, maka kedudukan huruf yang lain pada keyboard akan automatik menyeimbangkan dengan kedudukan jari yang lain melalui sensor tekanan.

Best kan?jom tengok video ini


regards,
admin hpmurah2u

Apakah 6 produk Apple yang gagal?


Salam...entri hari ini nak story pulak apakah 6 produk Apple yang gagal?

Tak semua produk yang ternama akan berjaya semuanya, begitu pula Apple.  Dalam banyak-banyak inovasinya yang mengubah gadjet yang terbaik di dunia, ada beberapa teknologi yang dibuat kurang dapat perhatian dipasaran antarabangsa,  diantaranya ialah:
Apple III (1981) - Apple II sangat popular, namun produk ini nampaknya kurang laku dipasaran kerana hardware nya yang kurang dapat disesuaikan,  dan juga disebabkan dengan kehadiran PC baru dari IBM.
Lisa (1983) - Lisa merupakan komputer komersial pertama yang  dengan harga $9.995, namun begitu Macintosh muncuk, pembeli telah berubah haluan..
Puck Mouse (1998) - Mouse ini tampaknya berukuran terlalu kecil sehingga menyukarkan pengguna.
The Cube (2000) - Walaupun memiliki reka bentuk luar yang bagus, namun  harga dengan ciri-cirinya yang tidak berbaloi menjadikan komputer ini kurang laku di pasaran dibandingkan dengan iMac
iTunes Phone (2005) - inilah handphone pertama Apple, yang bekerja sama dengan Motorola Inc untuk melancarkan versi ROKR. Kekurangannya adalah kemampuan untuk menyimpan 100 lagu juga melambatkan proses transfer lagu-lagu dan pengguna tidak boleh edit lagu...

Apple TV (2007) - Ini merupakan produk yang menghubungkan TV dan Mac di rumah yang dikawal  melalui sebuah remote yang kecil. Kekurangannya adalah harga yang mahal serta kualiti film yang dibeli dari iTunes terlalu rendah untuk HDTV. Tahun 2010, Apple memperbaikinya dengan menambahkan function  dengan sambungan ke internet..

regards,
admin hpmurah2u


Android TV Pertama Di Dunia


Salam...tinggal beberapa hari lagi nak raya..so, kami di hpmurah2u nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua..entri hari nak story pulak pasal android tv pertama di dunia. Kalau sebelum ini kita hanya tahu yang Android hanya ada pada smartphone sahaja tetapi sebuah pengusaha yang dikenali sebagai Geniatech telah memperkenalkan TV pertama milik mereka yang dioperasikan menggunakan Android 2.2 ( Froyo) yang dikenali sebagai Android TV.

Sebenarnya Android TV kelihatan mirip seperti Google TV atau Apple TV tetapi produk yang satu ini menggunakan Android OS di dalamnya di mana bukan sahaja boleh menonton televisyen, tetapi anda boleh melayari internet, mendengar muzik melalui media player.

Ia juga menyokong digital photo frame dan juga bermain game. Salah satu kelebihan yang ada pada Android TV ini adalah anda boleh download apa sahaja aplikasi melalui Android Market.
Setakat ini harga bagi Android TV ini belum diketahui..yang dah tahu harga tu jom la share kat sini...terima kasih...

regards,
admin hpmurah2u

Cara ketahui Samsung i9000 Galaxy S Original


Salam..post pagi ni Cara ketahui Samsung i9000 Galaxy S Original ke tidak..selalunya kalau nak confirm original ke tak pergi kedai Samsung je.huhu

Untuk pengetahuan anda..cara untuk pastikan Samsung i9000 Galaxy S original adalah dengan mengenal pasti  stiker 'SME' (Samsung Malaysia Electronics) yang ditampal pada bahagian bateri dan juga pada slot bateri.

Untuk penambahan maklumat..nak tau jugak apa beza laptop dan notebook?
Sebenarnya laptop dan notebook hanyalah cuma sekadar istilah sahaja..contohnya di Amerika istilah laptop lebih dikenali sebagai notebook

Penggunaan istilah ini juga bergantung kepada produk itu sendiri..sebagai contoh Toshiba menggunakan istilah laptop, manakala Fujitsu menggunakan istilah notebook..so..dua-dua nama adalah sama sebenarnya..

regards,
admin hpmurah2u



iPad 3 bakal dilancarkan awal 2012


salam...post hari ini nak story pasal iPad 3 bakal dilancarkan awal 2012...
Apple akan melancarkan 3 iPad pada awal tahun 2012, menurut sumber-sumber tidak dinamakan Wall Street Journal. Khabar angin mencadangkan tablet akan menampilkan paparan resolusi tinggi..

Apple nampaknya akan mengeluarkan iPad 3 pertama  pada bulan Oktober, dengan kesinambungan ke arah pelancaran awal tahun depan.

Jika disahkan, bermakna Apple akan mengikut  dengan jadual pengeluaran yang mana tempohnya sama dengan generasi iPad sebelumnya. IPad asal yang dilancarkan pada bulan April 2010 (telah diumumkan bahawa Januari), manakala  iPad 2 membuat kemunculan sulung pada bulan Mac 2011.

laporan menambah bahawa iPad 3 akan datang "dijangka menampilkan paparan resolusi tinggi-2048 x1536 berbanding dengan 1024 x 768 pada  iPad 2." Skrin nampaknya akan mengekalkan saiz yang sama 9.7-inci edisi sebelumnya.

 iPad 3 akan menampilkan resolusi yang tinggi "Retina Display"  termasuk screenshot sesetengah imej lebih besar dan akan dilengkapkan dengan IOS 5 sistem operasi mudah alih Apple.

so..jom kita tunggu kemunculannya nanti..

regards,
admin hpmurah2u




Motorola XT882 dengan Dual-Core NVIDIA Tegra 2


salam...post hari ini pasal Motorola XT882 dengan Dual-Core NVIDIA Tegra 2..
Smartphone ini dikuasakan dengan Tegra 2 sememangnya sentiasa menjadi perhatian..anda juga boleh tengok spec sepenuhnya di gsmarena. Sebelum ni kami sudah story Motorola Photon 4G dan Motorola Wilder-kalis air dan debu..yang belum baca dijempot baca..

Motorola XT882 dikuasakan dengan oleh CPU Dual-Core Tegra dari NVIDIA.Smartphone yang menggunakan platform Android 2.3 Gingerbread ini bakal dilengkapi dengan port HDMI dan dua kamera di belakang dan di depan yang beresolusi 8 Megapixel auto fokus dengan dual LED Flash ( kamera utama) serta 0.3 Megapixel untuk panggilan video..

Kehebatan smartphone ini diteruskan lagi dengan rakaman video HD penuh (720p).Saiznya pula adalah lebih besar dari Motorola Defy dengan paparan skrin 4 inci..

jom tengok video ni


regards,
admin hpmurah2u




Rotary Dial Phone Concept!

salam..petang ini nak story pasal Rotary Dial Phone Concept..
zaman-zaman dulu kalau telefon mesti pakai telefon yang kalau nak call kena putar-putar butang dail kan..
So..kali ini pereka smartphone ini iaitu Mukund K.P telah mencipta smartphone yang berbentuk retro dan simple yang pastu menarik pandangan sesiapa sahaja...

Apa yang menariknya pereka smartphone ini mencari kelainan dengan konsep putaran..dimana sekiranya anda ingin membuatkan panggilan..anda perlu putar nombornya..

cara mendail sebegini sedikit sebanyak mengingatkan kembali kita pada telefon rumah di zaman dahulu..Selain  penyediaan keypad virtual, peranti ini juga dilengkapi dengan keyboard QWERTY bagi memudahkan anda melayari laman sosial..menulis emel dan sebagainya..

regards,
admin hpmurah2u

HTC Blast with technology "Hand Power"


Salam..entri hari ini HTC Blast with technology "Hand Power"..Kehadiran HTC Blast sememangnya membawa satu revolusi baru terhadap smartphone di masa depan dengan keupayaannya menyokong spesifikasi lengkap seperti sebuah tablet..

Hadir dengan teknologi "Hand Power" serta paparan skrin sentuh berukuran 4.7 inci dengan resolusi 1280x720 pixels berkualiti AMOLED, smartphone konsep ini diserikan dengan kehebatan platform Android 3.0(Honeycomb)..

Menurut sumber, smartphone konsep ini ternyata amat berkuasa dengan menggunakan pemproses Snapdragon dual-core berkelajuan mencecah 1.5GHz, menyokong kapasiti memori 1GB ROM dan 1GB RAM serta menyokong slot tambahan kad memori microSD sehingga 32GB..

HTC Blast menyokong sambungan 4G dan WiFi, manakala bahagian belakang smartphone ini disediakan dengan kamera 3.2 Megapixel dengan auto fokus dan dual LED Flash..

Aplikasi HTC Sense yang semakin popular pada masa kini turut dilengkapi dalam HTC Blast..

regards,
admin hpmurah2u

Motorola Photon 4G Specs


Salam...post hari ini pasal Motorola Photon 4G Specs..
Satu lagi smartphone yang diperkenalkan oleh Motorola yang menyokong pemproses Dual-Core iaitu Motorola Photon 4G...

Smartphone ini hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 4.3 inci dengan resolusi 540x960 pixels dan telah diperhebatkan dengan pemproses Dual-Core Tegra 16GHz, memori 16GB, 16GB RAM, dan 2GB ROM, servis 4G, kickstand, kamera 8Megapixel auto fokus dengan dual LED Flash, GPS, port HDMI, 3.5mm audio jack, Adobe Flash 10.1 dan banyak lagi...

Dari segi rangkaian sosial juga..ia menawarkan aplikasi Facebook,Twitter, MySpace dan juga Gmail untuk anda berhubung dengan rakan-rakan anda...

Jom tengok video ini


regards,
admin hpmurah2u

Sony Ericsson Cyber-Shot Yiko Specs

Salam..selamat petang...petang ini nak tajuk entri adalah Sony Ericsson Cyber-Shot Yiko Specs yang mana Sony Ericsson telah kembali dengan smartphone terbarunya yang memfokuskan kepada fungsi kamera  dan merupakan smartphone cyber-shot pertama dioperasikan dengan platform Android.

SE Cyber-Shot Yiko meneruskan perjuangan SE Satio yang mempunyai kamera 16 Megapixel Exmor R dan dilengkapi dengan spesifikasi yang telah dipertingkatkan...

Antara spesifikasi lain adalah Xenon Flash, boleh merakam video berdefinisi tinggi (HD) dengan kecepatan 1080 @ 60 fps serta fungsi penggambaran menarik seperti face dan smile detection, image stabilization, red-eye reduction dan macam-macam lagi...

regards,
admin hpmurah2u



Cara nak dapatkan mastercode Handphone Nokia

salam...petang dah baru nak buat entri hari ini....tajuk hari ini Cara nak dapatkan mastercode Handphone Nokia..mesti ada di kalangan anda dah tahu pasal benda ni...tapi kami nak share lagi la...pasal kadang-kadang ada yang nak format handphone semula tapi terlupa password handphone anda atau anda membeli handphone secondhand tapi tiba-tiba handphone anda hang la lambat loading la..macam-macam la jadi yang membuatkan anda pening nak pikir cara nak format handphone anda..

Bagi yang ingat password handphone anda senangla dengan tekan *#7370#
tapi kalau anda yang dah terlupa macam mana pulak...try jugak la tekan 12345 kan...

tapi setelah cari punya cari maka terjumpala cara nak dapatkan mastercode bagi handphone Nokia ni..
anda try pergi kat website http://www.nokiamastercode.com/..

kat situ anda dapat generate kan nombor Imei anda..cara nak check nombor Imei anda tekan *#06#..

try la kalau anda nak format handphone anda kalau terlupa password..masukkan nombor mastercode selepas anda tekan *#7370#

regards,
admin hpmurah2u

HTC Trophy cheaper than HTC 7 Trophy


Salam...entri pagi ini nak cakap pasal HTC Trophy cheaper than HTC 7 Trophy
adakah anda semua minat pada HTC 7 Trophy?  tetapi disebabkan harga yang menjadi penghalang untuk kita memilikinya bukan..

Rasa kecewa itu dapat diubati dengan munculnya smartphone Android alternatif model tersebut yang kini dikenali sebagai HTC Trophy..walaupun harganya jauh lebih rendah dari versi asalnya..ia tidak mengecewakan kerana ia dilengkapi dengan teknologi skrin berteknologi capacitive TFT berukuran 3.8 inci, pemproses 1GHz dan memori dalaman yang lebih besar berbanding sebelumnya iaitu 16GB, 576MB RAM, 512 ROM..

Antara fungsi lain yang masih dikekalkan pada smartphone ini adalah kapasiti bateri Li-Ion 13mAh..kamera 5 megapixel dengan auto fokus dan LED Flash..disokong dengan platform Windows Phone 7 serta interface smartphone ini juga masih sama seperti versi sebelumnya..



regards,
admin hpmurah2u


Keunikan nokia E6-00

Hai!selamat pagi.
hari ini kami nak share dengan pembaca mengenai  keunikan Nokia E6-00..Siapa tahu apa bezanya handphone ini dengan handphone lain ?angkat jari!hehe..okey.jum kita share spesifikasi,rupa and keunikan nokia e6-00 ni ..

Mula-mula ..kita tengok gambar dulu..orang cakap first impression  tu penting.
..tengok gambar dibawah ni.

Cantik ,menarik .tertarik  kan?
Mengikut rupa bentuknya tidaklah banyak beza dengan handphone keluaran nokia yang lain.sama sahaja seperti nokia E63,E66.so,apa uniknya??
SILA BERSABAR,kita tengok pulak spesifikasinya.






Size:: 115.5 x 59 x 10.5 mm
Berat: 133 g
Kamera: 8 Mega pixel.


ok..beri perhatian disini...selain dari keypad QWERTY. telefon ini juga :
*Capacitive touch screen

Nampak tak?Itulah keunikan nokia E6 ini !bagi sesiapa yang sukakan qwerty keypad tapi pada masa yang sama sukakan touch screen.hp ini jawapan pada persoalan anda..hehe.
Spesifikasi lain sama seperti yang lain.suport wifi.gps.mms.email.secondary camera untuk video call pun ada.

Itulah cerita keunikan Nokia E6-00 ini..

p/s:siapa dah guna handphone ini?jum share macam biasa..thanks.

regards:
admin hpmurah2u.
Selamat beristerehat di hari ahad.