Headlines News :
Home » » Polis mencari iPhone 5 yang hilang

Polis mencari iPhone 5 yang hilang


Salam...entri pagi ini dipetik dari akhbar tempatan mengenai Polis mencari iPhone 5 yang hilang..
Di San Francisco berlaku di mana Polis menyatakan membantu pihak keselamatan syarikat Apple Inc untuk mencari prototaip sebuah smartphone yang telah hilang. Beberapa pegawai tidak menyatakan dengan tepat bentuk gajet syarikat Apple yang hilang itu.

Tetapi dalam satu kenyataan akhbar Jabatan Polis San Francisco menyatakan  yang mana gajet yang hilang itu adalah iPhone5.doc. Pihak media menganggap ia merupakan versi baru smartphone yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu iPhone 5

Menurut perkhidmatan teknologi CNET, sebuah Smartphone iPhone 5 tidak didedahkan telah hilang di bar Cava22 di sini pada Julai lalu.

Sebuah akhbar tempatan SF Weekly pada Jumaat lalu melaporkan bahawa seorang lelaki di sini memberitahu beberapa lelaki telah datang ke rumahnya pada Julai lalu untuk mencari smartphone yang telah hilang itu.

Sebelum ini juga telah berlaku dimana prototaip iPhone 4 telah hilang di sebuah bar di California pada tahun 2010 yang lalu. Menurut kenyataan pihak polis dan dua kakitangan keselamatan Apple telah menemui seorang penduduk untuk mendapatkan iPhone 5. Namun kedua-dua kakitangan tersebut tidak menemui gajet tersebut..

regards,
admin hpmurah2u


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Proudly powered by Blogger
Copyright © Gadget Desire - All Rights Reserved